Wednesday, 30 September 2015

mybrainSc and USM

hai assalamualaikum guys !

tau tak aku kat mana sekarang ni ? haha

alhamdulillah masih di panjang kan umur dan dimurahkan rezeki untuk sambung degree aku dekat usm.

seriously aku pun tak sangka dengan rezeki yang Allah bagi. everything was well planned. Alhamdulillah. semua kegagalan yang kita lalui sebenarnya ada hikmah. Allah ada sesuatu yang lebih baik untuk kita.

so, sabar. jangan pernah miss doa, apa pn yang jadi jangan pernah miss doa dan amalkan baca surah alwaqiah. mintak supaya dimurahkan rezeki dan semoga rezeki yang kita dapat akan lebih mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

aku dapat sambung belajar kos yang aku nak : pure biology
aku dapat biasiswa yang aku nak : mybrainsc

sangat sangat sangat tak sangka lulus biasiswa mybrain T.T huwaaaa. masa tu result mybrain keluar lambat. sepatutnya sebelum result upu. tahun ni keluar lepas result upu. pukul 5.30 aku dapat emel, suruh check result pada pukul 6. giler neves nak mati. haha. time tu aku senyap sensorg je kat ruang tamu. tak bgtau sesape pn. jeng jeng jeng. tepat 6.05 pm aku bukak website mybrain.

dan alhamdulillah aku melompat2 tak tahu dah macam hape. nak nangis nak gelak nak semua time tu. terus g peluk ma.

tips untuk interview mybrainsc ni melalui pengalaman aku dan aku dapat dari kawan - kawan dan baca melalui blog2 orang lain. antara nya :

- jadi orang yang paling awal interview. aku jadi org first daftar untuk interview. actually ni dah 2nd interview sebab tahun lepas aku tak lulus. haha. tahun lepas jadi orang yang 2nd last and tahun ni jadi yang 1st.

 - speak in fully english. elakkn rojak2.

- masa introduce diri , jangan panjang2 merepek dan jangan pendek sgt sebab aku kena tegur. kena elaborate more. hehe

- jawab soalan dengan tenang. jawab apa yang kita tahu. kalau tak tahu tak payah kona bagi jawapan lain ye adik2. haha. elakkan bagi jawapan merepek.

- paling penting get ready dengan pengetahuan isu semasa (tahun lepas dan tahun semasa)

ummm. tu je la kot. kalau aku teringat nanti aku tambah lagi ok ! ;) wish me luck in study =D


tapisan awal dan kena ambik ujian personaliti

lepas tapisan kedua and prepare for interview

result !

alhamdulillah. official letter from kpt.

Allah never breaks his promises. Syukur ;) wait for ya rezeki. insyaAllah. TRUST HIM ;D

No comments:

Post a Comment